Skip to content
Melo Podcasts Home
CategoriesLanguagesFollowing

Episode · Keluar Sekejap

EP19 #SembangKS | Cekodok, Mee dan LRT

19 Aug 2026 · 32 min

Play episode WhatsApp Download

Episode notes

Daripada cekodok pisang yang boleh mengalahkan isu negara, kepada RM13 bilion kerugian Tabung Haji, kemudian singgah pula ke kontroversi Mee Pok, pasport 10 tahun 6 bulan dan drama Sidang Khas Parlimen — minggu ni Sembang KS memang macam naik roller coaster. 😂 Tapi selepas semua isu panas tu, kita masuk pula ke topik utama: PENYELENGGARAAN. Kenapa kita cukup pandai bina LRT, MRT, stadium, lapangan terbang dan macam-macam lagi… tapi bab jaga benda yang dah dibina, kadang-kadang macam kena tunggu rosak dulu baru kita sibuk? 🤔 Dalam episod kali ni kita sembang: 🍌 Kenapa isu cekodok pisang boleh…

Podcast

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan · News · Malay

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact [email protected]

More from Keluar Sekejap All episodes →

  1. 10 Sep 2026 · 1 hr 19 min

    EP211 | Kenapa OKM Keluar DAP?, DAP Hilang Arah?, Ketegangan KKDW-MOF, Muktamar PAS 2026

    Episod 211 Keluar Sekejap menampilkan sahabat kita, Ong Kian Ming, untuk membincangkan keputusan beliau meninggalkan DAP pada 31 Ogos 2026 selepas 14 tahun bersama parti.Apa yang mendorong keputusan tersebut? Adakah DAP sudah berubah? Dan mengapa OKM membuat keputusan untuk membantu Khairy Jamaluddin sekiranya beliau bertanding dalam PRU16?Episod ini turut membincangkan Muktamar PAS ke-72 yang mencipta perhatian apabila rombongan UMNO yang diketuai Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hadir ke Muktamar PAS. Adakah ini sekadar simbol hubungan yang semakin baik, atau signal…

  2. 4 Sep 2026 · 33 min

    EP21 #SembangKS | Merdeka, Mont Kiara dan Algoritma

    🇲🇾 Daripada sambutan Merdeka, perarakan dan drama kereta VIP, kepada jerebu Sarawak yang sampai kena cancel sambutan… minggu ni Sembang KS memang penuh dengan benda yang boleh buat kita garu kepala. 😂Lepas tu kita singgah pula ke mahkamah, tempat tiga bekas Perdana Menteri muncul pada hari yang sama untuk urusan masing-masing.Tapi daripada semua isu panas ni, kita masuk pula ke topik utama: **MONT KIARA & ALGORITMA.**Macam mana satu insiden melibatkan individu boleh bertukar menjadi sentimen terhadap satu komuniti? Dan kenapa bila sesuatu isu mula viral, tiba-tiba semua orang macam tengah…

  3. 3 Sep 2026 · 1 hr 20 min

    EP210 | Amanat Perdana, Jemputan Bekas PM, Pendakwaan RCI TH, Kenyataan Anwar-Taiwan, Jerebu Teruk

    Episod 210 Keluar Sekejap membincangkan pengumuman Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk peningkatan had BUDI95 dan BUDI Diesel, bantuan untuk sekolah daif, penambahbaikan kesihatan awam, pelepasan e-Invois serta akses AI percuma untuk 100,000 belia. Adakah pengumuman sebegini benar-benar memberi kesan kepada sentimen rakyat, atau sudah menjadi “checklist” setiap kali sambutan Hari Kebangsaan? Turut dibincangkan persoalan mengenai timing pengumuman dan apakah bentuk reformasi yang lebih bermakna kepada rakyat. Episod ini turut menyentuh isu Tabung Haji dan…

  4. 26 Aug 2026 · 36 min

    EP20 #SembangKS | Episod Istimewa yang ke-20

    Sembang KS dah sampai Episod 20! 🎉 Kali ini kita sembang macam-macam isu — daripada isu Tabung Haji dan sentimen kaum, kontroversi bendera Jalur Gemilang, hinggalah kepada pendirian Malaysia terhadap China dan Taiwan. 🇲🇾 Kita turut borak tentang pasukan Malayan Tigress B-16 yang mencuri perhatian di Piala Srikandi Merdeka, termasuk aksi luar biasa Lim You yang menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan. 💍 Tak ketinggalan, berita hangat mengenai perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2026. 🔥 Tapi untuk episod kali ini, kita buat kupasan terperinci…

  5. 21 Aug 2026 · 1 hr 18 min

    Harapan Belanjawan 2027, Had Umur Ahli Politik, Semangat Patriotik Malaysia

    00:00 Intro 7:47 Harapan Belanjawan 2027 1. faiq_azhs - wish list untuk budget 2027 1. ahmadnazri- sekarang nak masuk musim belanjawan 2027, apakah sektor ekonomi yang Malaysia perlu tekankan untuk kembali seperti dulukala? Nampak macam Malaysia sekarang tiada hala tuju jelas dari segi ekonomi? 2. talhahazlan- Dokumen Belanjawan antara yang terpenting dalam negara, kenapa rakyat makin lama makin tak kisah? 30:00 EDUCATION 1.isyrafnorizan- Kenapa kementerian pendidikan negara macam tak tersusun dan takda hala tuju? Sistem pendidikan kita makin lama makin tertinggal dengan Singapura: Tukar…

  6. 14 Aug 2026 · 1 hr 21 min

    EP209 | Krisis Dalaman PKR, Peruntukan MP PKR Disekat, Sidang Khas Parlimen RCI TH

    Episod 209 Keluar Sekejap membincangkan krisis dalaman PKR yang semakin menjadi perhatian, termasuk peletakan jawatan Wong Chen sebagai Ahli Parlimen Subang dan keahliannya dalam PKR sebelum menyertai Parti Bersama yang diterajui Rafizi Ramli dan Nik Nazmi. Apakah yang sedang berlaku dalam PKR, dan apakah implikasinya terhadap kestabilan politik Kerajaan MADANI? Turut dibincangkan isu peruntukan Ahli Parlimen PKR yang disekat, selepas akses kepada portal MyKhas untuk mendapatkan peruntukan khas dilaporkan disekat bagi beberapa Ahli Parlimen PKR. Adakah peruntukan kepada Ahli Parlimen wajar…

  7. 12 Aug 2026 · 25 min

    EP18 #SembangKS | Sambal Nyet, Seludup dan Hiking Untuk Content

    Dalam Episod 18 Sembang KS, kami membincangkan beberapa isu sensasi minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan analisis politik serta isu semasa.📌 **Antara topik yang dibincangkan:**🕌 **RCI Tabung Haji** – laporan siasatan yang telah siap sejak 2022 tetapi hanya didedahkan pada Julai 2026, serta persoalan tentang siasatan dan tindakan susulan.⚖️ **Ismail Sabri Yaakob** – prosiding pendakwaan bekas Perdana Menteri yang ditangguhkan susulan masalah kesihatan serta perkembangan siasatan berkaitan pengisytiharan harta.✈️ **Pilot Malaysia Airlines & penyeludupan dadah** – kes juruterbang yang…

  8. 5 Aug 2026 · 32 min

    EP17 #SembangKS | Orang Luar, F1 Bah Rain Malaysia dan Buy Now Pay Later

    Dalam Episod 17 Sembang KS, kami membincangkan beberapa isu terbesar minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan analisis politik serta ekonomi semasa.📌 Antara topik yang dibincangkan:🗳️ BN-PN membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas kemenangan besar dalam PRN serta implikasinya terhadap landskap politik negara.🏁 Formula 1 kembali ke Litar Sepang, apabila Bahrain Grand Prix bakal berlangsung di Malaysia.🚴 Azizulhasni Awang menamatkan penantian 16 tahun dengan meraih emas Keirin di Sukan Komanwel.💳 RM5 bilion hutang Buy Now Pay Later (BNPL) – adakah rakyat Malaysia semakin boros atau…

  9. 4 Aug 2026 · 1 hr 49 min

    EP208 | PRN Negeri Sembilan 2026: Post-Match Analysis, Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji

    Keluar Sekejap Episod 208 membincangkan analisis kuantitatif serta kupasan mendalam mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menamatkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas hampir dua penggal.Apakah faktor sebenar di sebalik keputusan ini? Adakah formula kerjasama BN-PN benar-benar berjaya diterjemahkan di peti undi? Bagaimana pula corak sokongan pengundi bukan Melayu, dan sejauh mana ia mempengaruhi keputusan di kerusi-kerusi utama?Dalam episod ini, turut diulas…

  10. 30 Jul 2026 · 26 min

    Dokumentari PRN Negeri Sembilan 2026: Antara Adat & Mandat

    Team Keluar Sekejap dengan kerjasama FMT berada di Negeri Sembilan untuk menelusuri sendiri landskap politik yang cukup unik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Berbeza dengan pilihan raya sebelum ini, PRN kali ini tercetus bukan kerana tamatnya penggal pentadbiran, tetapi berpunca daripada satu krisis yang melibatkan institusi adat, institusi diraja, Perlembagaan serta hubungan politik antara parti-parti yang suatu ketika dahulu mentadbir bersama.Dalam episod kali ini, kami menelusuri lima perkara utama yang membentuk landskap PRN Negeri Sembilan: Bagaimana krisis institusi…

Take it with you

The Melo app keeps playing with the screen off, works in the car and on your watch, wakes you to your station, and browses the whole catalogue offline. Free, no ads, no account.

Get it on Google Play