Episode notes
🚆 Dari tahanan rumah, krisis takhta Negeri Sembilan dan bil elektrik yang makin mencabar, sampai data pengadu yang boleh “terlepas” dari kaunter kerajaan — Sembang KS Episod 24 memang bergerak ke sana sini. 😂Kali ni kita bawak pula segmen baru: KERETAPI SEKEJAP! 🚆Daripada drama LRT Kelana Jaya yang buat penumpang tubuhkan group WhatsApp sokongan emosi, kepada fenomena Keretapi Sarong, isu tema, fesyen, Aisha Retno dan perang tradisional KL vs Kelantan.Dan macam biasa, kita takkan berhenti setakat keretapi. Ada juga cerita tentang pengampunan Najib, tahanan rumah, krisis Negeri Sembilan,…
Keluar Sekejap
by Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan · Malay · News
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
More from Keluar Sekejap
-
30 Sep 2026 · 34 min
EP25 #SembangKS | Tun Hasmah dan Rangkuman Berita Minggu Lepas
🇲🇾 Daripada pemergian Tun Dr Hasmah, kepada rangkuman berita-berita politik serta isu semasa pada minggu lepas.Dalam episod kali ni kita sembang:* 🗳️ PRN Melaka & 7 ADUN lantikan* 🪢 PN digantung & pergolakan Bersatu* 🍽️ Makan malam PH-Bersatu di Melaka* 💰 Kes Mandiri & dakwaan mafia korporat* 🥩 Kontroversi restoran dan isu halal* 🇲🇾 Bahasa Melayu dalam majalah Malaysia Airlines* 🌴 Kebun sawit & kebakaran hutan di Indonesia* 👶 Intan Najuwa dan isu nurses* 🍪 “MERDEKA!” demi Dubai Chewy Cookie* 🚂 Panjat pagar sebab nak kejar keretapi*🛂 Member tolong bawakkan passport yang…
-
28 Sep 2026 · 1 hr 14 min
KS EP213 | The Journey of Thailand’s Almost Prime Minister: Pita Limjaroenrat
Dalam episod kali ini, Keluar Sekejap membawakan temu bual khas bersama Pita Limjaroenrat, bekas pemimpin Move Forward Party dan tokoh politik Thailand yang hampir menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya 2023.Pita berkongsi perjalanan politiknya — daripada latar belakang sebagai konsultan di Boston Consulting Group, pengalaman bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan, hinggalah kemunculan Future Forward Party dan kejayaan Move Forward dalam pilihan raya Thailand.Perbualan turut menyentuh pengalaman Pita berdepan pembubaran parti, proses politik dan undang-undang yang menghalangnya…
-
25 Sep 2026 · 1 hr 8 min
EP12 #KenaSoal | Tabung Najib, Kenyataan KPM-MITI, Teknokrat Dalam Politik, Rumah Untuk Anak Muda
00:00 Pengenalan02:26 Pengampunan Najib•smoothies.freak: Kenapa ada satu masa dulu Anwar kata beliau yang bawa agenda pengampunan Najib ke Lembaga Pengampunan tetapi kini beliau dilihat cuci tangan mengatakan ini kuasa Agong?•mem.chk: Walaupun pengampunan Najib kuasa Agong, adakah ia keputusan yang selari dengan nilai yang dilaungkan dan dijunjung Pakatan Harapan? Kenapa Pakatan Harapan dilihat letgo issue ini?12:29 Tabung Solidariti Najib•praveenmarkandu: Are you donating to Najib's house arrest fund? If yes or no, why?17:55 Kenyataan Bercanggah KPM-MITI•nblfk: Mohon ks ulas isu KPM-MITI…
-
18 Sep 2026 · 1 hr 33 min
EP212 | Pengampunan Najib, Perhimpunan Agung UMNO 2026, Keputusan PISA 2025
Episod 212 Keluar Sekejap membincangkan keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim, yang memperkenankan supaya Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta serta syarat-syarat yang ditetapkan.Episod ini turut membincangkan Perhimpunan Agung UMNO serta perkembangan dan isu semasa yang menjadi perhatian dalam parti.Selain itu, Datin Noor Azimah tampil sebagai tetamu untuk membincangkan keputusan PISA 2025, kemerosotan…
-
17 Sep 2026 · 42 min
EP23 #SembangKS | PAU, Kapitalis Sambal dan Pusat Data
Dalam Episod 23 Sembang KS, Zaidel Baharuddin kembali dengan gaya santai, jenaka dan ulasan isu semasa — daripada pendakwaan melibatkan pemimpin UMNO dan Tabung Haji, kemeriahan PAU 2026, hinggalah kepada label “kapitalis sambal” yang dilemparkan kepada Khairul Aming. Episod kali ini turut membawa kita ke satu topik yang semakin dekat dengan kehidupan seharian tetapi mungkin tidak ramai yang benar-benar faham — pusat data. Kenapa Malaysia begitu agresif menarik pelaburan pusat data? Apa yang negara dapat daripada pelaburan berbilion-bilion ringgit ini? Dan yang lebih penting, apa pula kosnya…
-
10 Sep 2026 · 32 min
EP22 #SembangKS | Suci Dalam Jerebu
🌫️ Daripada gaduh potong barisan dan video viral, kepada baju oren SPRM, drama Madu atau Racun dan kemalangan bas yang tiba-tiba jadi contoh keharmonian rakyat Malaysia… minggu ni Sembang KS memang penuh dengan benda yang buat kita tertanya-tanya, “Apa benda sebenarnya berlaku ni?” 😂Lepas tu kita masuk pula ke topik utama: JEREBU.Darurat jerebu di Serian dah tamat, sekolah dibuka semula dan langit kembali biru. Tapi… adakah kita sebenarnya dah selesaikan masalah?Atau angin je yang bertukar arah? 🌫️Dalam episod kali ni kita sembang:⚖️ Baju oren SPRM — bila seseorang masih belum disabitkan…
-
8 Oct 2026 · 47 minNew
EP26 #SembangKS | Cukai Bujang Lapok dan Bah di BahRain
Dalam Episod 26 Sembang KS, kami kembali dengan pelbagai cerita yang mencuit hati, isu semasa yang serius dan sudah tentu… sedikit bahan-membahan. Kali ini, kami bersiaran dari Litar Sepang selepas perlumbaan tamat — sambil menunggu trafik reda dan cuba menerima hakikat bahawa balik dari litar mungkin lebih mencabar daripada perlumbaan itu sendiri. 😅🏎️📌 Antara topik yang dibincangkan:🏁 **F1 Kembali ke Sepang — Patutkah Malaysia Bawa Balik F1?**Selepas sembilan tahun, suasana F1 kembali menggegarkan Sepang. Tapi adakah hype ini cukup untuk Malaysia membelanjakan ratusan juta ringgit bagi…
-
5 Oct 2026 · 1 hr 36 min
EP214 | F1 Sepang, Krisis Berpanjangan N9, Loke Letak Jawatan, Gabungan PRN Melaka, EPF 16%
Episod 214 Keluar Sekejap membincangkan perkembangan Formula 1 yang berlangsung di Sepang pada 2026, termasuk pengalaman menonton perlumbaan dan persoalan mengenai sambutan serta masa depan Formula 1 di Malaysia.Turut dibincangkan perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah serta perkembangan politik Negeri Sembilan, khususnya krisis takhta yang berpanjangan. Perbincangan meneliti persoalan mengenai kedudukan institusi diraja, proses peralihan takhta serta implikasinya terhadap politik dan pentadbiran negeri.Episod ini turut menyentuh peletakan jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean…
-
10 Sep 2026 · 1 hr 19 min
EP211 | Kenapa OKM Keluar DAP?, DAP Hilang Arah?, Ketegangan KKDW-MOF, Muktamar PAS 2026
Episod 211 Keluar Sekejap menampilkan sahabat kita, Ong Kian Ming, untuk membincangkan keputusan beliau meninggalkan DAP pada 31 Ogos 2026 selepas 14 tahun bersama parti.Apa yang mendorong keputusan tersebut? Adakah DAP sudah berubah? Dan mengapa OKM membuat keputusan untuk membantu Khairy Jamaluddin sekiranya beliau bertanding dalam PRU16?Episod ini turut membincangkan Muktamar PAS ke-72 yang mencipta perhatian apabila rombongan UMNO yang diketuai Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hadir ke Muktamar PAS. Adakah ini sekadar simbol hubungan yang semakin baik, atau signal…
-
4 Sep 2026 · 33 min
EP21 #SembangKS | Merdeka, Mont Kiara dan Algoritma
🇲🇾 Daripada sambutan Merdeka, perarakan dan drama kereta VIP, kepada jerebu Sarawak yang sampai kena cancel sambutan… minggu ni Sembang KS memang penuh dengan benda yang boleh buat kita garu kepala. 😂Lepas tu kita singgah pula ke mahkamah, tempat tiga bekas Perdana Menteri muncul pada hari yang sama untuk urusan masing-masing.Tapi daripada semua isu panas ni, kita masuk pula ke topik utama: **MONT KIARA & ALGORITMA.**Macam mana satu insiden melibatkan individu boleh bertukar menjadi sentimen terhadap satu komuniti? Dan kenapa bila sesuatu isu mula viral, tiba-tiba semua orang macam tengah…
